Tajaan Kotak Makanan Tahfiz

Assalamualaikum, tuan/puan yang budiman.
Sempena RAMADHAN AL-MUBARAK ini Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN) dengan rendah diri merayu rakyat Malaysia agar dapat sama sama membantu Madrasah/Maahad Tahfiz melalui Program Infaq/Tajaan Kotak makanan.
Fadhilat dan Kelebihan Amalan Sedekah
Antara fadhilatnya ialah, firman Allah SWT:
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 265)
Nabi SAW pernah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662). hadis hasan sahih
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut."
❤️ Dengan hanya RM50 per kotak, anda boleh menjadi sebahagian daripada 500 penaja yang membantu memberi makan pelajar pelajar tahfiz khususnya di bulan Ramadhan ini.
Salurkan infaq anda ke akaun:
JENIS BANK | NO AKAUN | NAMA AKAUN | REFERENCE |
Bank Islam | 0303 6010 0140 47 | Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia | KotakTahfiz |
Ustaz Syed (+6019-512 1274)
Sumbangan kecil anda, amat memberi makna dan akan dikurniakan pahala besar buat anda!
Semoga setiap suapan mereka menjadi asbab keberkatan buat kita semua.
✨ Kasih Ramadhan, Rezeki Huffaz ✨
⭐JOM INFAQ KOTAK MAKANAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ! ⭐
Kami doakan buat anda :
آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ، وَبَارَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُوْرًا
Maksudnya :
Semoga Allah memberikan pahala kepadamu pada barang yang engkau berikan dan semoga Allah memberkahimu dalam harta-harta yang masih engkau sisakan dan semoga pula menjadikannya sebagai pembersih (dosa) bagimu.
KEMASKINI LAPORAN AGIHAN TAJAAN KOTAK MAKANAN
Tarikh Kemaskini 9 Ramadhan 1446h
NEGERI | TARIKH AGIHAN | CARA AGIHAN | JUMLAH TELAH DIAGIH |
Kelantan | Bermula 1 Ramadhan 1446h sehingga selesai | Diagihkan terus ke Madrasah/Maahad mengikut zon | Telah diagihkan kepada 41 Madrasah/Maahad. berbaki 9 kotak belum diagihkan. |
Perak | 17 Ramadhan 1446h | Penyerahan sekaligus di Maahad Manabiul Ulum | Bakal diagihkan 50 kotak pada tarikh tertera |
Selangor | 22 Ramadhan 1446h | Penyerahan sekaligus di Kolej Hafiz | Bakal diagihkan 50 kotak pada tarikh tertera |
Perlis | 26 Ramadhan 1446h | Penyerahan sekaligus di Maahad Tahfiz Al-Hikmah | Bakal diagihkan 50 kotak pada tarikh tertera |
SETAKAT INI SERAHAN KOTAK MAKANAN DI 4 BUAH NEGERI DAHULU ( KEMAMPUAN PERMATA AL-QURAN).
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT TAHFIZ ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA BERSAMA
PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI PERAK (PEMATAP)
PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PITAS)
PERSATUAN KEBAJIKAN MAHAAD TAHFIZ PERLIS (PERMALIS)
PERSATUAN PENGUSAHA MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN KELANTAN (PERMATA KELANTAN)